Joom!Fish config error: Default language is inactive!
 
Please check configuration, try to use first active language

myGovMobile - Portal Rasmi Perkhidmatan Mudah Alih Kerajaan Malaysia - myUSSD


MENGENAI GERBANG myUSSD KERAJAAN MALAYSIA


Perkhidmatan myUSSD


  • Gerbang USSD Kerajaan Malaysia adalah satu projek yang diterajui oleh MAMPU  untuk memberi maklumat kepada orang awam.
  • Projek ini telah dimulakan dengan mengambil kesempatan daripada manfaat penggunaan teknologi komunikasi mudah alih untuk menyediakan cara yang berkesan, cepat dan menjimatkan bagi orang awam untuk berkomunikasi dengan agensi-agensi kerajaan.
  • Gerbang USSD Kerajaan Malaysia menggunakan kod pendek *158# untuk semua agensi sejajar dengan dasar kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan sebagai "satu kerajaan, banyak agensi".
  • USSD (Unstructured Supplementary Service Data) adalah teknologi yang digunakan oleh rangkaian untuk menghantar maklumat  berbentuk menu teks atau flash sms di antara telefon bimbit dan aplikasi pada rangkaian.
  • USSD akan membolehkan anda untuk meminta maklumat dalam kod pendek (bermula dengan * dan berakhir dengan #), melalui menu dari rangkaian melalui telefon bimbit anda. USSD menyediakan sesi berasaskan komunikasi dan pelbagai aplikasi.

Caj Perkhidmatan  myUSSD


  • USSD adalah serupa dengan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), tetapi tidak seperti SMS, transaksi USSD adalah session oriented.
  • Setiap transaksi USSD adalah Rm0.35 untuk satu sesi selama 2 minit. Sesi ini dirujuk kepada sesi pertama. Sekiranya sesi disambung di dalam 30 saat dari masa tamat sesi pertama, maka tiada caj tambahan untuk sesi 2 minit selanjutnya.