Joom!Fish config error: Default language is inactive!
 
Please check configuration, try to use first active language

myGovMobile - Portal Rasmi Perkhidmatan Mudah Alih Kerajaan Malaysia - mySMS


MENGENAI GERBANG mySMS KERAJAAN MALAYSIA


mySMS merupakan satu initiatif Kerajaan yang membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan agensi Kerajaan menggunakan SMS dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor tunggal iaitu 15888.


OBJEKTIF mySMS

  • Mencapai matlamat One Government Many Agencies.

  • Mewujudkan situasi No Wrong Door Policy dalam menyediakan perkhidmatan dan melayan orang ramai dan masyarakat perniagaan.

  • menyediakan perkhidmatan interaktif dalam talian serta merentasi agensi (horizontal) secara end-to-end 24 x 365 yang boleh dicapai dari mana-mana dan bila-bila masa.

  • Meningkatkan kapasiti dan sinergi penyampaian perkhidmatan Kerajaan melalui perkongsian maklumat dan perkhidmatan.

  • Meningkatkan kedudukan penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang dapat meningkatkan daya saing negara.

  • Menyediakan infrastruktur perkhidmatan SMS bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

  • Memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan melalui satu nombor SMS yang sama.

  • Memastikan caj perkhidmatan SMS yang dikenakan kepada pengguna adalah seragam dan munasabah.

PERKHIDMATAN mySMS

Perkhidmatan mySMS yang ditawarkan ialah:

  • SMS Maklumat di atas permintaan - Perkhidmatan permintaan maklumat agensi Kerajaan daripada orang ramai melalui SMS. Contoh; Semakan Status Saman, Status Permohonan Lesen dan Keputusan Peperiksaan.

  • SMS Dokumen di atas permintaan - Perkhidmatan muat-turun dokumen ke alamat emel yang dinyatakan melalui SMS. Contoh; Borang Permohonan Pengecualian Kursus, Brosur dan Peta.

  • SMS Hebahan - Penghantaran SMS Hebahan kepada telefon bimbit orang ramai. Contoh; Hebahan Maklumat Bencana dan Notifikasi Tamat Tarikh Lesen Memandu.

  • SMS Aduan - Penghantaran aduan dan maklum balas daripada orang ramai kepada agensi Kerajaan.

CAJ PERKHIDMATAN mySMS

Pengguna akan dikenakan caj apabila menggunakan perkhidmatan SMS. Bentuk caj yang dikenakan adalah:

  • Setiap perkhidmatan yang diminta oleh pengguna akan dikenakan caj RM0.35. Caj ditanggung oleh pengguna.

  • Setiap perkhidmatan notifikasi dan hebahan oleh agensi akan dikenakan caj RM0.10. Caj ditanggung oleh agensi Kerajaan.