Joom!Fish config error: Default language is inactive!
 
Please check configuration, try to use first active language

myGovMobile - Portal Rasmi Perkhidmatan Mudah Alih Kerajaan Malaysia - myPay


MENGENAI GERBANG myPay KERAJAAN MALAYSIA


myPay merupakan perkhidmatan kerajaan yang membolehkan orang ramai membuat bayaran secara mudah dan ringkas melalui telefon mudah alih. Pembayaran yang berkonsep counter free dalam penyampaian perkhidmatan. 


Senarai agensi yang kini menawarkan aplikasi mobile kepada orang ramai:

Pusat Pungutan Zakat - Wilayah Persekutuan


Aplikasi bijak untuk pembayaran zakat yang mudah bagi peralatan mudah alih. Ciri-ciri:

  • Kalkulator Ez
  • Pembayaran secara terus melalui akaun bank
  • Penyata bayaran
  • Saluran maklum balas / aduan








Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Ianya mudah digunakan! Kini anda boleh menyemak dan membuat pembayaran untuk kompaun dan cukai MBMB dengan mudah melalui peranti pintar anda. Hanya klik myPay MBMB.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Ianya mudah digunakan! Kini anda boleh menyemak dan membuat pembayaran untuk kompaun DBKL dengan mudah melalui peranti pintar anda. Hanya klik myPay DBKL.

Majlis Perbandaran Subang Jaya

Penduduk – penduduk Subang Jaya kini boleh membuat bayaran kompaun letak kereta dan cukai taksiran hanya dengan satu sentuhan pada aplikasi myPAY MPSJ. Tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter atau bersesak ke kaunter MPSJ untuk membuat pembayaran. Anda juga boleh membuat aduan. Kini kaunter MPSJ di dalam genggaman anda.

National Institute Of Occupational Safety & Health

Ianya mudah digunakan! Kini anda boleh membuat pembayaran latihan kursus dengan hanya menggunakakn no rujukan dengan mudah melalui peranti pintar anda. Hanya klik myPay NIOSH.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Pembayaran balik pinjaman dan pembiayaan PTPTN kini dipermudah. Anda boleh membuat bayaran balik kepada PTPTN menggunakan telefon pintar serta tablet anda dari keselesaan rumah anda sendiri. Kini tiada lagi alasan untuk tidak membayar. Anda juga boleh memilih untuk menambahkan deposit anda di akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) tanpa perlu ke kaunter bank atau ATM. Hanya dengan myPay PTPTN

Majlis Bandaraya Petaling Jaya
myMBPJ
Sedang Dikemaskini

Semakan dan melaksanakan pembayaran bagi cukai taksiran, kompaun pelbagai, lesen, sewa, tempahan, bil pelbagai, bil potong rumput dan bayaran deposit tanpa memerlukan bil/penyata fizikal.


MAMPU, Jabatan Perdana Menteri
myBayar
Sedang Dikemaskini


Pembayaran bersepadu dan personalised bagi pengguna berdaftar di portal myGoverment untuk semakan dan melaksanakan pelbagai jenis pembayaran kepada agensi Kerajaan tanpa memerlukan bil/penyata fizikal.


Bahagian Pengurusan Hartanah
myBPH
Akan Datang