~/images/Buletin/bengkelmymms.jpgBengkel Pelaksanaan myGov Mobile: myMMS
MAMPU telah mengadakan Satu Bengkel Pelaksanaan myGov Mobile: myGov Mobile & myMMS yang telah diadakan di MAMPU Cyberjaya pada 23 April 2014 . Agensi-agensi Kerajaan yang menyertai bengkel ini ialah Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kerja Raya, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Bengkel yang dijalankan oleh Pasukan myGov Mobile adalah bertujuan bagi Teknology Update kepada agensi-agensi Kerajaan dengan perbincangan berkenaan perkhidmatan-perkhidmatan terkini berasaskan mobile yang dilaksanakan oleh pihak MAMPU yang boleh digunakapakai oleh mana-mana agensi Kerajaan. Di antara yang dibincangkan adalah perkhidmatan myMMS, Mobile Apps dan Mobile Payment dalam membantu penyampaian maklumat dan perkhidmatan yang lebih efektif.
~/images/Buletin/kpdnkk.jpgPelancaran aplikasi myKPDNKK
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melancarkan aplikasi myKPDNKK pada 26 Jun 2013 oleh Menterinya, YB Dato' Hasan Bin Malek. Aplikasi ini boleh di muat turun secara percuma melalui Google Play & App Store ke semua telefon pintar (smartphone).

Aplikasi myKPDNKK menawarkan pelbagai perkhidmatan secara mudah alih untuk keperluan pengguna dan peniaga dengan mudah dan cepat. Pembangunan aplikasi ini adalah merupakan inisiatif KPDNKK dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk membolehkan pengguna dan peniaga memperoleh maklumat dan perkhidmatan yang disediakan kementerian pada bila-bila masa dengan mudah, cepat dan selesa. Terdapat enam modul utama yang menawarkan pelbagai maklumat seperti Pengguna, Peniaga, Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Price Watch, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M).

Modul Price Watch contohnya membolehkan pengguna memantau harga semasa barangan harian menerusi telefon pintar. Terdapat juga kemudahan semakan status aduan, pertanyaan dan pemfailan tuntutan tribunal pengguna. Rakyat juga kini dapat menyemak senarai Kedai Rayat 1Malaysia (KR1M) yang berdekatan serta premis-premis yang menyediakan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M). Bagi peniaga pula, kini terdapat semakan senarai kursus yang ditawarkan oleh Maktab Koperasi Malaysia (MKM) juga status syarikat francais serta maklumat standard kepenggunaan. Aplikasi myKPDNKK ini sememangnya menawarkan kemudahan capaian maklumat dengan mudah dan ringkas. More
~/images/Buletin/JOM MASUK U.jpgJom Masuk U Johor
Karnival Jom Masuk 'U' yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi diadakan di PERSADA Johor,Johor Bahru, Johor pada 13 dan 14 April 2013. Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS yang melibatkan golongan pelajar atau remaja seperti perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA, Politeknik serta kolej Komuniti, Semakan Keputusan Peperiksaan SPM, STPM,PMR dan UPSR, Semakan Status menyertai PLKN dan Semakan Penempatan Kem PLKN
~/images/Buletin/JOM MASUK U.jpgJom Masuk U Pulau Pinang
Karnival Jom Masuk 'U' yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi diadakan di Padang Kawad, perkarangan Dewan Utama Pelajar, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 9 dan 10 Mac 2013. Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS yang melibatkan golongan pelajar atau remaja seperti perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA, Politeknik serta kolej Komuniti, Semakan Keputusan Peperiksaan SPM, STPM,PMR dan UPSR, Semakan Status menyertai PLKN dan Semakan Penempatan Kem PLKN
~/images/Buletin/AzliPaat.pngPemergian Arwah Azli Paat
Masyarakat telah dikejutkan dengan berita pemergian pakar ICT terkenal, Encik Azli Paat yang telah kembali ke rahmatullah pada 6 Februari 2013. Allahyarham En Azli Paat merupakan pencetus idea dalam perkhidmatan SMS serta memberi sumbangan besar kepada agensi-agensi Kerajaan khususnya bagi perkhidmatan mySMS 15888 . Jasa dan sumbangan beliau kepada pihak Kerajaan dan masyarakat akan tetap dikenang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang soleh.
~/images/Buletin/UM.jpgKarnival Jom Masuk 'U' di Universiti Malaya
Karnival Jom Masuk 'U' yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi diadakan di Padang Varsiti,Universiti Malaya, Kuala Lumpur dari 26 Januari hingga 27 Januari 2013. Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS yang melibatkan golongan pelajar atau remaja seperti perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA, Politeknik serta kolej Komuniti, Semakan Keputusan Peperiksaan SPM, STPM,PMR dan UPSR, Semakan Status menyertai PLKN dan Semakan Penempatan Kem PLKN
~/images/Buletin/ICTJohor.jpgProgram Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 2012
Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor akan mengadakan Program Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 2012 (MISTI JOHOR 2012) bertemakan 'Inovasi Untuk Masa Depan Kita' pada 19 hingga 25 Jun 2012 bermula pukul di Persada Johor, Johor Bahru. Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan mySMS 15888 berkaitan informasi dari pelbagai agensi awam seperti Semakan Daftar Pemilih SPR, Semakan Saman polis dan perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA. Pengunjung berpeluang mendapat maklumat berkenaan perkhidmatan mySMS 15888 secara terus dari petugas pameran yang sentiasa bersedia membantu
~/images/Buletin/top_01.gifMajlis Himpunan Jutaan Belia
Himpunan Jutaan Belia-sempena Hari Belia Negara 2012 diadakan di Presint 2, Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012, bermula dari jam 9 pagi hingga 10 malam. Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan mySMS 15888 berkaitan informasi dari pelbagai agensi awam seperti Semakan Daftar Pemilih SPR, Semakan Saman Polis dan perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA. Pengunjung berpeluang mendapat maklumat berkenaan perkhidmatan mySMS 15888 secara terus dari petugas pameran yang sentiasa bersedia membantu.
~/images/Buletin/RTC Kelantan.JPGKarnival RTC (Rural Transformation Centre)
Karnival RTC Kelantan diadakan di Lot 3309 Batu 4,Lebuh Raya Pasir Mas-Salor Kota Bharu,Kelantan dari 3 Mei hingga 5 Mei 2012 . Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 11 malam. Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS berkaitan informasi dari pelbagai agensi awam seperti Semakan Daftar Pemilih SPR , Semakan Saman Polis dan perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA.
~/images/Buletin/jommasukuperlis.jpgPameran mySMS di Karnival Jom Masuk 'U'
Karnival Jom Masuk 'U' yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi diadakan di PWTC Kuala Lumpur dari 31 Mac hingga 1 April 2012 (Majlis Penutup). Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS yang melibatkan golongan pelajar atau remaja seperti perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA, Politeknik serta kolej Komuniti, Semakan Keputusan Peperiksaan SPM, STPM,PMR dan UPSR, Semakan Status menyertai PLKN dan Semakan Penempatan Kem PLKN.
~/images/Buletin/karnivaljommasukuswk.jpgPameran mySMS di karnival Jom Masuk 'U'
Karnival Jom Masuk 'U' yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi diadakan di Dewan Pameran Permata, Kuching,Sarawak dari 10 hingga 11 Mac 2012. Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS yang melibatkan golongan pelajar atau remaja seperti perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA, Politeknik serta kolej Komuniti, Semakan Keputusan Peperiksaan SPM, STPM,PMR dan UPSR, Semakan Status menyertai PLKN dan Semakan Penempatan Kem PLKN.
~/images/Buletin/jommasukukelantan.jpgPameran mySMS di karnival Jom Masuk 'U'
Karnival Jom Masuk 'U' yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammed ke IV Kota Bharu ,Kelantan dari 25 hingga 26 Februari 2012.Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS yang melibatkan golongan pelajar atau remaja seperti perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA, Politeknik serta kolej Komuniti, Semakan Keputusan Peperiksaan SPM, STPM,PMR dan UPSR, Semakan Status menyertai PLKN dan Semakan Penempatan Kem PLKN
~/images/Buletin/Top_01.gifPameran mySMS di RTC Gopeng Perak
Majlis pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng berlangsung dari 16-19 Februari 2012 bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam di RTC Gopeng, Perak. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 Februari 2012. Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS yang berkaitan informasi dari pelbagai agensi awam seperti Semakan Daftar Pemilih SPR , Semakan Saman Polis dan perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA, Politeknik serta Kolej Komuniti.
~/images/Buletin/jommasukukangar.jpgPameran mySMS di karnival Jom Masuk 'U'
Karnival Jom Masuk 'U' yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi diadakan di Suria Sabah Shopping Mall,Kota Kinabalu,Sabah dari 11 hingga 12 Februari 2012.Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS yang melibatkan golongan pelajar atau remaja seperti perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA, Politeknik serta kolej Komuniti, Semakan Keputusan Peperiksaan SPM, STPM,PMR dan UPSR, Semakan Status menyertai PLKN dan Semakan Penempatan Kem PLKN
~/images/Buletin/pameranmySMS.jpgPameran mySMS sempena hari NKEA Negeri Pahang
Pameran mySMS 15888 diadakan sempena Hari NKEA Negeri Pahang

Tarikh : 4 Februari 2012
Tempat : Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

Dirasmikan oleh :
YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Pasukan mySMS memperomosikan pelbagai perkhidmatan SMS antaranya adalah perkhidmatan Semakan Daftar Pemilih, Semakan Saman Polis dan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA.
~/images/Buletin/jommasukukedah2.jpgPameran mySMS di Karnival Jom Masuk 'U' Alor Setar
Karnival Jom Masuk 'U' yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi diadakan di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah 4 hingga 5 Febuari 2012.
Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS yang melibatkan golongan pelajar atau remaja seperti perkhidmatan:
Semakan Permohonan Kemasukan IPTA, Politeknik serta kolej KOmuniti,
Semakan Keputusan Peperiksaan SPM, STPM, PMR dan UPSR,
Semakan Status menyertai PLKN dan Semakan Penempatan Kem PLKN.
~/images/Buletin/jommasuku2.jpgPameran mySMS di Karnival Jom Masuk 'U'
Karnival Jom Masuk 'U' yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi diadakan di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar ,Kedah 4 hingga 5 Februari 2012. Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS yang melibatkan golongan pelajar atau remaja seperti perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA, Politeknik serta kolej Komuniti, Semakan Keputusan Peperiksaan SPM, STPM,PMR dan UPSR, Semakan Status menyertai PLKN dan Semakan Penempatan Kem PLKN
~/images/Buletin/JomMasukU.jpgPameran mySMS di Karnival Jom Masuk 'U'
Karnival Jom Masuk 'U' yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi diadakan di Sultan Ahmad Shah Convention Centre di Kuantan, Pahang pada 14 hingga 15 Jan 2012. Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS yang melibatkan golongan pelajar atau remaja seperti perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA, Politeknik serta kolej Komuniti, Semakan Keputusan Peperiksaan STPM, SPM,PMR ,UPSR Semakan keputusan MUET, Semakan Status menyertai PLKN dan Semakan Penempatan Kem PLKN. Pelbagai aktiviti dan cenderamata menarik disediakan oleh booth-booth agensi Kerajaan Malaysia.
~/images/Buletin/komuniti_mysms.JPGHari infotech UiTM Shah Alam 2011
Ketahui perkhidmatan terkini mySMS 15888 dan kelebihan mendaftar sebagai Rakan mySMS di pameran bersama MAMPU JPM sempena Hari infotech UiTM Shah Alam 2011 dari 10-11 Oktober 2011 bertempat di Dewan Annexe, UiTM Shah Alam.
~/images/Buletin/ICT2011.jpgPersidangan ICT Kebangsaan 2011
MSC Malaysia dengan kerjasama MAMPU dan INTAN menganjurkan Persidangan ICT Kebangsaan yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 7 hingga 8 Julai 2011 di bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pasukan mySMS menyertai pameran tersebut untuk mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan SMS Kerajaan yang terkini.
~/images/Buletin/top_01.gifMinggu ICT Perbadanan Putrajaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Minggu ICT Perbadanan Putrajaya telah diadakan pada 20hb Jun 2011 sehingga 23hb Jun 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Wakil dari pasukan mySMS telah di jemput untuk memberi Taklimat mySMS kepada orang awam . Ia bertujuan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam khususnya disekitar kawasan Putrajaya mengenai perkhidmatan Kerajaan yang ditawarkan melalui SMS.
~/images/Buletin/top_01.gifPameran mySMS di Karnival Jom Masuk 'U' di MINES International Exhibition Centre, Seri Kembangan
Karnival Jom Masuk 'U' yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi diadakan di MINES International Exhibition Centre, Seri Kembangan pada 2 hingga 3 April 2011. Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS yang melibatkan golongan pelajar atau remaja seperti perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA, Politeknik serta kolej Komuniti, Semakan Keputusan Peperiksaan STPM, Semakan Keputusan Peperiksaan SPM,Semakan keputusan MUET, Semakan Status menyertai PLKN dan Semakan Penempatan Kem PLKN. Pelbagai aktiviti dan cenderamata menarik disediakan oleh booth-booth agensi Kerajaan Malaysia menanti para pengunjung.
~/images/Buletin/top_01.gifPameran mySMS di Karnival Jom Masuk 'U' di PERSADA , JOHOR BHARU
Karnival Jom Masuk 'U' yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi diadakan di Persada Johor International Convention Centre pada 12 hingga 13 Mac 2011. Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS yang melibatkan golongan pelajar atau remaja seperti perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA, Politeknik serta kolej Komuniti, Semakan Keputusan Peperiksaan STPM, Semakan Keputusan Peperiksaan SPM,Semakan keputusan MUET, Semakan Status menyertai PLKN dan Semakan Penempatan Kem PLKN. Pelbagai aktiviti dan cenderamata menarik disediakan oleh booth-booth agensi Kerajaan Malaysia menanti para pengunjung.
~/images/Buletin/JomMasukU-Trg.jpgPameran mySMS di Karnival Jom Masuk 'U' di Terengganu Trade Centre
Karnival Jom Masuk 'U' yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi di Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu,Terengganu diadakan pada 14 hingga 15 Januari 2011. Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS yang melibatkan golongan pelajar atau remaja seperti perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA, Politeknik serta kolej Komuniti, Semakan Keputusan Peperiksaan STPM, Semakan keputusan MUET, Semakan Status menyertai PLKN dan Semakan Penempatan Kem PLKN. Pelbagai aktiviti dan cenderamata menarik disediakan oleh booth-booth agensi Kerajaan Malaysia menanti para pengunjung.
~/images/Buletin/top_01.gifPameran Festival Malaysia Inovatif
mySMS menyertai Pameran Festival Malaysia Inovatif selama tiga hari bermula pada 24 hingga 26 November 2010 di Tempat letak kereta A, Bukit Jalil , Kuala Lumpur. Pameran tersebut adalah platform kepada mySMS untuk mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan SMS Kerajaan yang terkini. Orang ramai adalah dipelawa untuk mengunjungi tapak booth mySMS pada bila-bila masa pameran berlangsung.Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti anda.
~/images/Buletin/GoMobileKLCC.jpgPameran GoMobile 2010
mySMS akan berada di Pameran GoMobile selama tiga hari bermula pada 12 hingga 14 November 2010. Pameran yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre tersebut akan menjadi platform kepada mySMS mempromosikan perkhdimatan-perkhidmatan SMS Kerajaan yang terkini. Orang ramai adalah dipelawa untuk mengunjungi tapak booth mySMS pada bila-bila masa pameran berlangsung.
~/images/Buletin/gambar ICT.jpgNational ICT Conference 2010
MDeC dan INTAN bersama Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan “National ICT Conference 2010” bertempat di Ballroom 1 dan 2,Kuala Lumpur Convention Centre pada 11 hingga 12 Oktober 2010. Majlis Konvesyen ini bertujuan sebagai satu platfom bagi badan kerajaan dan Industri ICT unutk membincangkan isu – isu yang berkaitan dengan ICT sebagai satu kemudahan untuk meningkatkan kemudahan perkhidmatan.
~/images/Buletin/SUK Kedah.JPGMajlis Pelancaran mySMS Kedah bersempena Perasmian Seminar Peluasan Projek ICT/Kerajaan Elektronik
Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah melancarkan Perkhidmatan mySMS Negeri Kedah bersempena program Seminar Peluasan Projek ICT/Kerajaan Elektronik Peringkat Negeri Kedah pada 9 Ogos 2010 (Isnin) bertempat di Hotel Holiday Villa Alor Setar, Kedah Darul Aman. Antara perkhidmatan mySMS Negeri Kedah ialah Semakan status permohonan pinjaman, Semakan Baki Pinjaman, Semakan Bilangan Kursus Penjawat Awam dan Semakan Status Permohonan Pindah Milik Tanah.
~/images/Buletin/a.jpgKarnival Inovasi Islam peringkat kebangsaan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menganjurkan Karnival Inovasi Islam peringkat kebangsaan yang berlangsung dari 5 hingga 8 Ogos di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya. Karnival bertemakan “Inovatif 1Malaysia 1Ummah” itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pasukan mySMS menyertai pameran ini bagi mempromosikan pelbagai perkhidmatan SMS agensi –agensi Kerajaan kepada orang ramai. Pelbagai agensi Kerajaan yang menyertai pameran dengan memperkenalkan perkhidmatan SMS 15888 masing-masing.
~/images/Buletin/Jitra.jpgPameran mySMS di Karnival Jom Masuk 'U' di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu
Karnival Jom Masuk 'U' yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu telah diadakan pada 13 hingga 14 Mac 2010. Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Pasukan mySMS telah menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS yang melibatkan golongan pelajar atau remaja seperti perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA, Politeknik serta kolej Komuniti, Semakan Keputusan Peperiksaan STPM, Semakan Baki PTPTN serta Wang Pendahuluan PTPTN, Semakan Status menyertai PLKN dan Semakan Penempatan Kem PLKN. Pelbagai aktiviti dan cenderamata menarik disediakan oleh booth-booth agensi Kerajaan Malaysia menanti para pengunjung.
~/images/Buletin/JomMasukUkedah.jpgPameran mySMS di Karnival Jom Masuk 'U' di Dewan Wawasan, Kubang Pasu, Jitra Kedah
Karnival Jom Masuk 'U' yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi di Dewan Wawasan, Kubang Pasu, Jitra Kedah telah diadakan pada 6 hingga 7 Mac 2010. Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Pasukan mySMS telah menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS yang melibatkan golongan pelajar atau remaja seperti perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA, Politeknik serta kolej Komuniti, Semakan Keputusan Peperiksaan STPM, Semakan Baki PTPTN serta Wang Pendahuluan PTPTN, Semakan Status menyertai PLKN dan Semakan Penempatan Kem PLKN. Pelbagai aktiviti dan cenderamata menarik disediakan oleh booth-booth agensi Kerajaan Malaysia menanti para pengunjung.
~/images/Buletin/maritim.jpgMajlis Pelancaran Perkhidmatan mySMS Maritim Malaysia
Bersempena dengan sambutan Hari Maritim Malaysia ke-5, YBhg Laksamana Datuk Mohd Amdan bin Kurish, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah melancarkan perkhidmatan mySMS Maritim Malaysia pada 19 Februari 2010 (Jumaat) bertempat di pejabat Wilayah Maritim Timur, Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang
~/images/Buletin/APICTA-Aust.jpgAsia Pacific ICT Alliance Awards 2009 (APICTA) - Best of E-Government
Perkhidmatan Gerbang SMS Kerajaan Malaysia (mySMS 15888) telah memenangi pertandingan "Asia Pacific ICT Alliance Awards 2009 (APICTA)" bagi kategori "Best of E-Government" di Melbourne, Australia pada 17 Disember 2009. Anugerah ini telah diterima oleh Timbalan Pengarah Seksyen Pembangunan Infrastruktur, MAMPU Jabatan Perdana Menteri, YBrs Puan Norhalina Abdul. APICTA adalah anugerah antarabangsa yang di idealisasikan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) agar satu ukuran untuk sistem ICT yang diadakan bagi negara-negara yang menganggotainya seperti Australia, Brunei, China, Hong Kong, India, Indonesia, Korea, Macau, Malaysia, Myanmar, Pakistan, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Thailand and Vietnam.
~/images/Buletin/MPK-1.jpgMajlis Pelancaran mySMS Aduan Majlis Perbandaran Kuantan
Majlis Perbandaran Kuantan telah melancarkan perkhidmatan mySMS pada 14 Disember 2009 (Isnin) @ 2.30 petang. Majlis diadakan di Stadium Tertutup SUKPA, Indera Mahkota, Kuantan dan dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Muhammad Safian Bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Pahang. Perkhidmatan yang dilancarkan adalah pendaftaran komuniti Majlis Perbandaran Kuantan, Semakan Cukai, Semakan Kompaun dan Aduan.
~/images/Buletin/JomHeboh09.jpgKarnival JomHeboh Bukit Jalil 2009
Pasukan mySMS MAMPU menyertai Pameran Jom Heboh TV3 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 5 & 6 Disember 2009. Pengunjung berpeluang menyertai aktiviti menarik di booth mySMS. Jomlah heboh di booth kami!
~/images/Buletin/MPM.jpgMajlis Pelancaran mySMS Aduan Majlis Perbandaran Manjung
Majlis Pelancaran mySMS Aduan bagi Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 10hb November 2009, bermula jam 10 pagi, bertempat di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y. Brs. Encik Zamri Bin Man (Yang Di Pertua).
~/images/Buletin/top_01.gifPameran mySMS di Persidangan Perisian Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia (MYGOSSCON) 2009
Satu pameran mySMS 15888 sempena Persidangan Perisian Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia (MYGOSSCON) 2009 kali ke-3 sedang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) dari 5 hingga 6 November 2009 bermula jam 9 pagi – 6 petang. Persidangan yang bertemakan " Leveraging OSS To Ride The Economic Wave " ini dianjurkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan disokong oleh Multimedia Super Coridor (MSC) Malaysia dan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM).
~/images/Buletin/GoMobile.jpgMalaysia Innovation Award- "Empowerment Through mobility Innovation"
Perkhidmatan Gerbang SMS Kerajaan (mySMS) memenangi anugerah "Empowerment Through Mobility Innovation" di Malaysia Innovation Award pada 21 Oktober 2009. Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan iaitu YBhg Dato Joseph Salang dan diterima oleh Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Y.Bhg. Datuk Normah binti Md. Yusof .
~/images/Buletin/mySMS_APICTA.jpgMalaysia Asia Pacific ICT Award (APICTA) - Best of E-Government & Services
Perkhidmatan Gerbang SMS Kerajaan (mySMS) muncul Johan dalam pertandingan "Malaysia Asia Pacific ICT Award (APICTA)" bagi kategori "Best of E-Government & Services". Anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Abdul Halim Ali di Pusat Dagangan Dunia Putra dan diterima oleh Y.Bhg. Datuk Normah binti Md. Yusof pada 8 Oktober, 2009.
~/images/Buletin/lpkp.jpgMAJLIS PELANCARAN mySMS & Hotline 1-800-88-9600 LPKP
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan(LPKP) melancarkan perkhidmatan mySMS pada 18 Ogos 2009 (Selasa) @ 11.00 pagi. Majlis diadakan di PUSPAKOM Wangsa Maju dan dirasmikan oleh Y.B. Dato' Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Perkhidmatan yang dilancarkan adalah SMS Aduan & Semakan Status Aduan LPKP.
~/images/Buletin/Jkptg.jpgMAJLIS PELANCARAN mySMS JABATAN KETUA PENGARAH TANAH & GALIAN (JKPTG)
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian melancarkan perkhidmatan mySMS pada 15 Ogos 2009 (Sabtu) @ 8.30 pagi. Majlis diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Abd. Halim Bin Ain, Ketua Pengarah Tanah dan Galian. Perkhidmatan yang dilancarkan adalah Semakan Status Permohonan Harta Pusaka, Semakan Nilaian Harta Pusaka, Semakan Maklumat Pemohon Harta & Semakan Maklumat Perbicaraan Harta.
~/images/Buletin/trg.jpgMAJLIS PELANCARAN mySMS SUK TERENGGANU
SUK Terengganu telah melancarkan perkhidmatan mySMS di peringkat negeri Terengganu Darul Iman pada 10hb Ogos, 2009 @ 9 pagi. Majlis diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu dan dirasmikan oleh YAB. Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.
~/images/Buletin/PrkPerlis.jpgBENGKEL PELUASAN mySMS BAGI NEGERI PERAK DAN PERLIS
Bengkel peluasan mySMS bagi agensi-agensi Kerajaan di Negeri Perak & Perlis berlangsung seperti berikut:
  • Bengkel Peluasan mySMS dan myBayar Bagi Negeri Perak : Bengkel diadakan pada 3 Ogos 2009 di Hotel Impiana Casuarina, Ipoh, Perak. Perasmian disempurnakan oleh YB. Dato' Mohd Jamal Bin Mahussin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
  • Bengkel Peluasan mySMS dan myBayar Bagi Negeri Perlis : Bengkel berlangsung pada 5 Ogos 2009 di Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis dan majlis perasmian oleh YB. Dato' Mohamad Zabidi Bin Zainal, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
~/images/Buletin/PWTC.jpgPromosi mySMS @ Program National Bumiputra Entrepreneur Conference and Exhibition 2009
Singgah sebentar ke gerai mySMS dan ketahui senarai perkhidmatan mySMS terkini sempena Program "National Bumiputra Entrepreneur Conference and Exhibition 2009" di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC (Dewan Tun Razak 2) dari 17-19 Julai 2009 mulai jam 10 pagi hingga 7 petang. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal. Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti pembentangan dari speaker-speaker jemputan, promosi perkhidmatan-perkhidmatan mySMS agensi-agensi Kerajaan dan pameran pelbagai produk usahawan.
~/images/Buletin/PTPK_Launching.jpgMajlis Pelancaran mySMS dan e-bayar melalui CIMB dan Pos Malaysia PTPK
Majlis Pelancaran mySMS Perbadanan Tabung Pendidikan Kemahiran(PTPK) dan e-bayar melalui CIMB dan Pos Malaysia akan diadakan pada 16hb Julai, 2009 bertempat di Dewan Auditorium, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Persiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia. PTPK akan memperkenalkan perkhidmatan SMS Status Permohonan, Baki Pinjaman, Semak Nombor Akaun dan Pinda Profil Peminjam.
~/images/Buletin/forum.jpgFORUM MYSMS 2009
Majlis Forum mySMS 2009 telah diadakan pada 24hb Jun, 2009 bertempat di Dewan Musytari, Hotel Residence@UNITEN. Diantara topik yang telah disampaikan ialah Pelaksanaan mySMS 2009, Ke Arah Komuniti MySMS Terbesar Di Malaysia, USSD dan Mobile Payment. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dr. Nor Aliah Bt Mohd Zahri, Timbalan Ketua Pengarah MAMPU.
~/images/Buletin/MTIB_Pelancaran.jpgMajlis Pelancaran Gerbang mySMS MTIB
Majlis Pelancaran Gerbang mySMS MTIB telah diadakan pada 19hb Jun, 2009 bertempat di Dewan Persidangan MTIBKL, Menara PGRM, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti, YB Dato’ Hamzah Zainuddin. Turut menjayakan majlis ini ialah Timbalan Pengarah Bahagian eKL MAMPU, Puan Norhalina binti Abdul. Sistem SMS ini disediakan untuk menjadikan sistem penyampaian MTIB kepada orang ramai lebih berkesan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah direktori, brosur dan borang MTIB, Maklumat Perkhidmatan verifikasi kayu, Dokumen Dasar Industri Perkayuan Malaysia, pertanyaan dan aduan.
~/images/Buletin/top_01.gifPameran Persidangan MSC Malaysia Open Source Conference 2009
Satu aktiviti mempromosikan mySMS dan Portal myGov bersempena persidangan MSC Malaysia Open Source Conference 2009 telah diadakan pada 1hb hingga 3hb Jun 2009 bertempat di Berjaya Times Square Hotel And Convention Center, Kuala Lumpur, Tkt 14, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia. Persidangan 3 hari ini (1 Jun hingga 3 Jun 2009), dianjurkan oleh MSC Malaysia dan disokong oleh MAMPU dan MOSTI. Persidangan ini turut disokong dan ditaja oleh syarikat-syarikat ICT yang terkemuka seperti MDeC, RedHat, Microsoft, Google, Novell, SUN, TMnet, AsiaeUniversity dan lain-lain.
~/images/Buletin/top_01.gifKEMPEN JOM ONLINE!
Gerbang SMS Kerajaan mySMS menyertai Pameran Sertai Kempen Jom Online! mudahnya.....!. Pameran berlangsung dari 22 Mei hingga 24 Mei 2009 9.30 pagi-9.30 malam di Aras 1, KL Sentral. Diantara perkhidmatan yang dipromosikan adalah seperti Pembayaran secara online Cukai Pintu & Cukai Tanah, Cukai Pendapatan, Zakat, Caruman KWSP, Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran dan juga perkhidmatan Carian Pekerjaan. Sertai aktiviti-aktiviti menarik di sana dan anda sekeluarga berpeluang mendapatkan cenderamata menarik yang disediakan di kaunter pameran.
~/images/Buletin/Wilayah_Timur.jpgSEMINAR PERLUASAN PERKHIDMATAN SMS BAGI FASA 2 DAN FASA 3 WILAYAH TIMUR
Seminar Perluasan Perkhidmatan SMS Bagi Fasa 2 dan Fasa 3 Wilayah Timur ini telah diadakan pada 19 MEI 2009 di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan. Seminar ini disertai oleh agensi-agensi Kerajaan dari 3 Negeri iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu. Perasmian telah disempurnakankan oleh YB. Dato' Hj. Mohd Aiseri bin Hj. Alias, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
~/images/Buletin/06mei.jpgSesi Taklimat Pelaksanaan Perkhidmatan Gerbang SMS Kerajaan Malaysia
Sesi Taklimat Pelaksanaan Perkhidmatan Gerbang SMS Kerajaan (mySMS) bagi Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLBW) telah diadakan pada 06hb Mei 2009 bertempat di Bilik Seminar, DAPAT Vista (M) Sdn Bhd. Agensi Kerajaan di bawah KEMENTAH dan KKLBW yang telah menyertai sesi ini adalah seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Lembaga Kemajuan Kedah (KEDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Objektif utama sesi ini adalah bertujuan menyampaikan seruan kerajaan dalam penyampaian maklumat bagi melaksanakan perkhidmatan mySMS 15888.
~/images/Buletin/image001.jpgMajlis Pelancaran Gerbang mySMS JAWI
Majlis Pelancaran Gerbang mySMS JAWI telah diadakan pada 30hb April, 2009 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam JAWI. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali. Turut menjayakan majlis ini ialah Pengarah Bahagian eKL MAMPU, Encik Wan Mohd Rosdi bin Wan Dollah dan Timbalan Pengarah Bahagian eKL MAMPU, Puan Norhalina binti Abdul. Sistem SMS ini disediakan untuk menjadikan sistem penyampaian Jawi kepada orang ramai lebih berkesan. Ia memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemukakan aduan terutama berkaitan penguatkuasaan melalui SMS. Orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan sama ada berkaitan masalah kegiatan tidak bermoral, perjudian, perbomohan atau ajaran sesat.
~/images/Buletin/24Apr.jpgSesi Taklimat Pelaksanaan Perkhidmatan Gerbang SMS Kerajaan Malaysia
Sesi Taklimat Pelaksanaan Perkhidmatan Gerbang SMS Kerajaan (mySMS) bagi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah diadakan pada 24 April 2009 bertempat di Bilik Seminar, DAPAT Vista (M) Sdn Bhd. Seramai 2 wakil dari KPKK dan 17 wakil daripada 7 agensi Kerajaan di bawah KPKK telah menyertai sesi ini seperti Balai Seni Lukis Negara, Istana Budaya, Jabatan Arkib Negara, Jabatan Muzium Malaysia , Jabatan Warisan Negara, Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Perpustakaan Negara Malaysia. Selain daripada agensi di bawah KPKK, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang sebelum ini di bawah KPKK juga telah menghantar seramai 2 orang wakil bagi menyertai sesi taklimat ini. Bagi sesi Taklimat ini, En Azli Paat selaku Naib Presiden Dapat Vista (M) Sdn Bhd telah menyampaikan pembentangan mengenai ‘‘mGovernment” diikuti oleh En Zuhren Md Nasir selaku Ketua Pegawai Operasi yang telah menyampaikan pembentangan mengenai “Pelan Pelaksanaan Perkhidmatan Gerbang SMS Kerajaan Malaysia ”
~/images/Buletin/08Apr09.JPGSesi Pengendalian Aplikasi Gerbang SMS Kerajaan Malaysia
Sesi Pengendalian Aplikasi Gerbang SMS Kerajaan Malaysia telah diadakan pada 08 April 2009 bermula jam 2.30 petang bertempat di DAPAT Vista (M) Sdn Bhd. Seramai 17 wakil daripada 9 agensi Kerajaan Malaysia telah menyertai sesi ini seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Lembaga Muzium Selangor, Majlis Perbandaran Jasin, Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kraftangan Malaysia. Objektif utama sesi ini adalah bertujuan memberi latihan pengendalian aplikasi perkhidmatan mySMS 15888. Kesemua wakil dari agensi Kerajaan yang hadir telah memberikan kerjasama yang baik dan menamatkan sesi latihan dengan jayanya.
~/images/Buletin/image006.jpgSeminar Pengendalian Gerbang SMS Kerajaan Malaysia
Seminar Pengendalian Gerbang SMS Kerajaan Malaysia telah diadakan pada 1 April 2009 bermula jam 9.30 pagi dan bertempat di Pusat Latihan DAPAT, Shah Alam, Selangor. Seramai 22 wakil daripada 9 agensi Kerajaan Malaysia telah menyertai seminar ini seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK), e-Perolehan, Hospital Putrajaya, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Objektif seminar adalah untuk memberi latihan pengendalian aplikasi perkhidmatan mySMS 15888.
~/images/Buletin/egov.jpgPameran Sempena Minggu Promosi Kerajaan Elektronik 2009
Gerbang SMS Kerajaan mySMS telah menyertai Pameran Sempena Minggu Promosi Kerajaan Elektronik 2009. Pameran berlangsung dari 27 Mac hingga 29 Mac 2009 9.30 pagi-9.30 malam di pusat membeli-belah The Spring, Kuching, Sarawak. Sebanyak 12 agensi kerajaan telah menyertai pemeran ini seperti MAMPU, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Objektif pameran ialah untuk mempromosikan perkhidmatan Kerajaan elektronik seperti Jobs Malaysia, portal myGovernment, e-khidmat, sistem pencen JPA, e-filing LHDN termasuklah perkhidmatan-perkhidmatan mySMS 15888.
~/images/Buletin/top_01.gifMajlis Pelancaran Kempen Elektronik LHDNM
Majlis Pelancaran Kempen Elektronik Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah diadakan pada 19hb Mac 2009, bermula jam 8.30 pagi dan bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Kewangan Putrajaya. Sempena pelancaran ini, perkhidmatan SMS LHDN juga telah diaktifkan. Perkhidmatan ini membolehkan orang ramai atau pelanggan LHDN menyemak status potongan cukai berjadual (PCB) yang telah dibayar kepada LHDN.
~/images/Buletin/17-18Mac.JPGSeminar Pengendalian Gerbang SMS Kerajaan Malaysia
Seminar Pengendalian Gerbang SMS Kerajaan Malaysia telah diadakan dari 17 hingga 19 Mac 2009. Seramai 60 wakil daripada agensi-agensi kerajaan di Selangor dan Negeri Sembilan telah menyertai seminar ini.
~/images/Buletin/3Mac.jpgSeminar Peluasan Perkhidmatan MySMS Fasa 2 Wilayah Tengah
Seminar Peluasan Perkhidmatan MySMS Fasa 2 Wilayah Tengah telah diadakan pada 3 Mac 2009 di Hotel Empress, Sepang, dengan kerjasama SUK Negeri Selangor dan SUK Negeri Sembilan. Sebanyak 160 orang peserta terlibat, merangkumi agensi-agensi Kerajaan di kedua-dua negeri tersebut
~/images/Buletin/top_01.gifPameran Minggu Promosi Kerajaan Elektronik
Pasukan Gerbang SMS Kerajaan telah menyertai satu Pameran Minggu Promosi Kerajaan Elektronik. Pameran ini telah berlangsung pada 27, 28hb Februari & 1hb Mac 2009 di Mahkota Parade, Melaka. Beberapa agensi kerajaan telah menyertai pameran pada kali ini yang bertujuan mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan secara elektronik seperti Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Sumber Manusia (Melaka), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICUJPM).
~/images/Buletin/perkeso_img.gifMajlis Pelancaran MySMS Aduan PERKESO
Majlis Pelancaran mySMS Aduan bagi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah diadakan pada 26hb Februari 2009, bermula jam 11 pagi, bertempat di Wisma PERKESO, Jln Ampang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Datuk Dr. S. Subramaniam (Menteri Sumber Manusia).
~/images/Buletin/25Feb.JPGProgram Latihan Aplikasi mySMS
Latihan Aplikasi mySMS telah diadakan pada tarikh 25hb Februari 2009, dari jam 8.30 pagi hingga 1 petang, bertempat di Dapat Vista (M) Sdn Bhd. Sebanyak 8 agensi kerajaan telah menghantar wakil masing-masing untuk menghadiri sesi latihan tersebut.
~/images/Buletin/jomheboh.JPGKarnival JomHeboh Bukit Jalil
Pasukan Gerbang SMS Kerajaan telah menyertai Karnival JomHeboh Bukit Jalil pada 20 & 21 Disember 2008. Pameran kali ini bertujuan mewujudkan Public Awareness bagi Perkhidmatan SMS 15888 yang disediakan oleh setiap agensi kerajaan. Pada pameran kali ini, pengunjung berpeluang menyertai aktiviti menarik di booth mySMS.
~/images/Buletin/top_01.gifPameran Hari Q Jabatan Perdana Menteri
Gerbang SMS Kerajaan menyertai Pameran Hari Q Jabatan Perdana Menteri bertempat di Dewan Seri Endon, Bangunan Puspanitapuri pada 10 dan 11 Disember 2008. Temui Pasukan mySMS untuk mengetahui perkhidmatan-perkhidmatan terkini agensi-agensi Kerajaan melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS).
~/images/Buletin/top_01.gifMajlis AKSA (Anugerah Kualiti Sektor Awam)
Pasukan mySMS telah menyertai pameran pada Majlis AKSA (Anugerah Kualiti Sektor Awam) di Putrajaya International Convention Center (PICC), Khamis, 27 November 2008. Anugerah ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan khusus kepada agensi-agensi dalam sektor awam yang telah mencapai tahap pengurusan kualiti yang cemerlang dalam organisasi atau dalam bidang tertentu. Pemberian Anugerah ini adalah sebahagian daripada aktiviti utama di bawah Gerakan Budaya Cemerlang. Pemilihan pemenang Anugerah dan Majlis Penyampaian akan dilakukan secara tahunan.
~/images/Buletin/top_01.gifMesyuarat Peluasan Perkhidmatan mySMS Wilayah Selatan
Mesyuarat peluasan ini telah diadakan dengan kerjasama SUK Negeri Melaka dan SUK Negeri Johor yang mana sebanyak 250 orang peserta terlibat merangkumi agensi-agensi Kerajaan di kedua-dua negeri tersebut. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (Khidmat Pengurusan) , Encik Azizan bin Hamid.
~/images/Buletin/19Sept.JPGTaklimat Mengenalpasti Kaedah Promosi Berkesan
Taklimat Mengenalpasti Kaedah Promosi Berkesan telah diadakan pada 19hb September 2008 bertempat di Dapat Vista (M) Sdn Bhd. Tujuan utama ialah memberi pendedahan kepada semua agensi yang terlibat kepada promosi yang berkesan melalui media elektronik dan media cetak. Seramai 34 peserta telah menyertai seminar tersebut yang mewakili 15 Agensi serta wakil media iaitu TV3.
~/images/Buletin/27Aug.JPGTaklimat Gerbang SMS Kerajaan Fasa 2
Taklimat Gerbang SMS Kerajaan untuk Fasa 2 telah diadakan di Auditorium Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 27hb Ogos 2008. Hampir 150 Agensi Kerajaan yang telah menghantar wakil untuk majlis taklimat tersebut.
~/images/Buletin/Pelancaran.JPGPelancaran mySMS
Kemudahan Gerbang SMS Kerajaan telah dilancarkan pada 31 Julai 2008 di PICC Putrajaya. Ianya merupakan kemudahan yang membolehkan agensi-agensi kerajaan menerima pesanan SMS daripada orang ramai.